Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL ayie

Nama: ayie
Umur: N/A, Lelaki
Zodiac: N/A
Status: Offline

Blog ayie

Siap berbaring lagi. Nasib baiklah jurufoto Shahrin, Jun dan rakan-rakannya memang 'pro'.
Sesi ini dijalankan Isnin lepas. 12 November 2007. Agak last minute jugak, tapi nasib baiklah ada outfit nak dipakai. Well tak mengapalah asalkan ada gaya. Itu yang utama. Kata jurufoto Jue...dia yang excited. Katanya macam shoot fashion pulak. Hahahaha
Inilah hasilkan selepas beberapa touching up. Untuk lebih lagi tunggu keluaran khas sempena pelancaran rasmi murai.com.my, 21 November ini.

Tarikh: 12 November, Isnin

Mas: 10:30 am

Lokasi: GSC Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur

Spooky........

Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ketika mencari tempat duduk dalam panggung untuk menonton previewfilem terbaru Penny Dreadful.

Pagi hari Isnin pula tu.

Nasib baiklah, rakan seangkatan, Nurul Hisham (media dari Berita Harian) pesan dekat saya yang ini bukanlah cerita hantu. Tapi 'apa kes' melihat tajuk dan poster di luar panggung saja, hati sudah berkobar-kobar untuk menjerit. Manalah tahu.

Kalau nak tahu, filem seram adalah antara filem kegemaran saya, terutama untuk melepaskan tekanan di tempat kerja. tapi kalau diberi pilihan, saya lebih rela memilih komedi romantik atau filem yang boleh buat saya feeling feeling sikit. He he he.

Penny Dreadful tidaklah menakutkan sangat. Nak kata suspent pun tak lah begitu sangat. Tapi geram bila lihat pelakonnya Rachel Miner yang membawa watak Penny. Asyik-asyik menjerit, menagis. Tak ada kerja lainlah......entah berapa tong agaknya.

Yalah, mana tidaknya...si Penny ada penyakit, takut menaiki kereta. Apatah lagi untuk perjalanan jauh. Sedari kecil lagi, dia sudah di takdirkan dengan mimpi ngeri kematian ibu dan bapanya yang terbabit dalam kemalangan. Kasihan kan....

Tapi tulah...sudahlah dalam panggung tu sejuk, dengar pulak si Penny ni pula yang asyik menangis, menjerit...jadi lain macam pula. Tuan pengarahnya Richard Brandes pandai pula suruh si tukang kamera bermain dengan situasi. Ermmmm jadi dreggy lah filem ini.

Apapun jom tengok Penny Dreadful yang akan berada di panggung 15 November ini. Beslah jugak...... - ayie

Cuba lihat betul-betul wajah Penny. Seperti siapa ya.....?

A) Nicole Kidman

B) Kelly Clarkson

C) Reese Withespone

D) Maya Karin

Jawapan: Tentulah C....he he he

Penny dalam ketakutan. Hendak keluar menggunakan pintu biasa tak boleh, terpaksalah ikut boot belakang kereta. Berjayakan dia keluar dan lari dari kencaman pembunuh bersiri? Cuba teka.....