PROFIL ayie
Nama: ayie
Umur: N/A, Lelaki
Zodiac: N/A
Status: Offline
Gambar ini dirakamkan di hadapan Times Square, New York ketika lawatan penulis ke Amerika Syarikat. Bukan sekadar jalan makan angin, kehadiran penulis ke sana untuk menemuramah pereka fesyen tempatan yang menempa nama di bandar Epal, Zang Toi.
Sebelum bersama Zang Toi di dalam butiknya, penulis sebenarnya terbang dari pulau kecil Vancouver, Kanada bagi menyaksikan konsert penyanyi jazz pujaan, Micheal Buble. Memag syokkkkkkkkkk.
p/s sekali imbas lihat gambar ini, teringat poster filem I'am Legend lakonan Will Smith. Setuju tak? - murai.com.my
Nak dipendekjkan cerita, penulis bukanlah peminat fanatik bola sepak, tapi kerana tugas, penulis dengan besar hati pergi jua ke bandar Franfurt bagi menyaksikan pelawan separuh akhir Piala Dunia.
Bayangkan seorang diri di sana, tiada sesiapa.....taoi seronok juga. Bukannya apa, seronok dapat lihat ragam dan kelakuan manusia dari bermacam negara di sana.
Tugas penulis di sana hanya memerhati gaya fesyen dan cara mereka menghadiri perlawanan bola sepak terunggul dunia. Macam-macam yang penulis dapat. Walaupun ramai yang minum 'beer' tapi pandai pula mereka menjaga perilaku. Taklah seperti sesebuah acara yang mana pergaduhan menjadi kemestian.- murai.com.my
Saat manis ini dirakamkan ketika penulis menemuramah Erra Fazira di salah sebuah restoran di dalam pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur. Banyak betul yang dikongsikan Erra bersama murai.com.my. Tapi maaflah ya tak semua boleh dokongsi bersama. Off the record lahhhhhh. Well Erra, you memang cantik as always. Dah lah cantik, lemah lembut pulak tu. Lembut ker? Itulah yang dikatakan Erra apabila ramai peminat ( termasuk penulis) yang menganggapnya lemah lembut. Dalam lebut ada juga kerasnya si Erra Fazira ni.- murai.com.my
Saat manis ini dirakamkan rakan bertugas Sidney Chean ketika kami berpeluang menemuramah Ms Rowland di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Banyak perkara yang kami bincangkan bersama, berkaitan perkembangan terbarunya, album terbaru dan termasuklah juga isu berkaitan fersyen yang tidak lagi menggunakan bulu haiwan serta bagaimana fesyen dapat memulihara alam sekitar- murai.com.my











Murai Quick Links